Friday, January 22, 2010

LAnGkaH peRTamA..

ASSALAMUALAIKUM WBT..,kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian..di sini ingin saya kongsikan satu kiriman yang boleh dijadikan sebagai renungan kita bersama..
TANPA KEBERANIAN MIMPI TAKKAN MENJADI NYATA...begitulah jua dengan langkah pertama...semua kehidupan memulakan langkah pertama untuk memenuhi keperluan hidup ...dari langkah pertamalah bermulanya langkah yang seterusnya...dan seterusnya....seandainya kita tersilap langkah...ia pasti akan menyakitkan kita...atau ia akan membawa kita kembali kepada langkah pertama.Jadi, kita mestilah memahami diri dan mengenal diri untuk apa kita memulakan langkah dalam sesuatu perkara yang kita buat...tidak gagal orang yang tersilap langkah itu selagi dia berusaha membetulkan langkahnya itu ke jalan kebenaran.Jangan kita menghukum seseorang itu dengan kesilapan semasa dia memilih langkah.. tetapi kita sebagai teman,sepatutnya membantu mereka yang tersilap langkah ini kembali memulakan langkah dengan panduan yang betul.Apa yang harus kita fikirkan sejenak,kita mungkin takkan mampu melakukan ke semua kesilapan itu dalam hidup kita dengan hayat yang sedikit ini..dan kita juga takkan tahu mungkin kesilapan itu dapat mengajar kita dalam mematangkan diri dan memahami konsep kehidupan sebenar..jadi teruskanlah langkahmu selagi ianya mengikut arah yang dapat memimpin kita ke arah membina jati diri yang lebih baik pada setiap langkah yang kita pilih itu......sekian (^^,)..thanks for your reading...see you in the next post...